Sara Ali Hidap Penyakit Kecelaruan Obsesif Kompulsif

shares |


Pasti ramai yang ingin mengenali lebih dekat pelakon yang kini sedang popular menerusi drama bersiri ‘Satu Hari’ ini.

Nampak saja senyap, namun Sara Ali merupakan seorang yang mudah dibawa berborak serta sempoi orangnya. Segmen kali ini menampilkan 12 perkara menarik mengenai pelakon berusia 24 tahun ini.

1. Sara merupakan seorang yang ‘simple’ dari segi pemakaian baik untuk ke lokasi mahupun ketika pergi minum serta melepak.

2. Merupakan seorang yang makan banyak namun badannya tidak naik-naik. Dia juga ‘cranky’ sekiranya lapar.

3. Warna kegemarannya adalah biru dan putih kerana dia berpendapat warna-warna tersebut membuatkannya tenang.

4. Anak kedua daripada tiga beradik ini berkongsi yang dia merupakan seorang yang paling pendiam dalam keluarganya.

5. Mempunyai alergik dengan udang namun Sara selalunya tidak berpantang dan hanya makan sahaja.

6. Meminati karisma serta bakat lakonan yang dimiliki oleh dua orang bintang Hollywood iaitu Natalie Portman dan Christian Bale.

7. Sara tidak menafikan yang dia sering dicop sebagai seorang yang sombong kerana susah untuk senyum.

8. Mewarisi Obsessive Compulsive Disorder (OCD) oleh ibunya namun dia tidak mempunyai OCD seteruk seperti ibunya yang pernah menyusun beberapa kali botol di kedai kerana susunan yang tidak lurus.

9. Sara pernah mewakili sekolah menerusi sukan bola tampar yang mana dia memang aktif bersukan ketika zaman sekolahnya. Malah Sara juga merupakan seorang yang meminati aktiviti lasak namun tidak suka sukan yang melibatkan hutan.

10. Suka bercuti di laut kerana begitu menyukakan ketenangan yang diperoleh melalui pemandangan laut. Malah dia juga mempunyai lesen menyelam yang mana merupakan salah satu hobi yang diminatinya.

11. Sara menyukai lelaki yang ‘simple’, kelakar dan semestinya lebih bijak daripada Sara sendiri. Dia sama sekali tidak mementingkan paras rupa dalam percintaan kerana rupa paras hanyalah bonus.

12. Minuman kegemarannya adalah teh o ais yang mana secara automatik mulutnya akan menyebut minuman tersebut sebelum ditanya lagi.

Related Posts