Shila Amzah Akui Pernah Jadi Mangsa Keganasan Lelaki

shares |


Menerusi akaun twitter Shila Amzah yang dikemas kini pada 29 September yang lalu, “Takut nak tengok Bencinta. Tapi teringin nak tengok Kak Nora berlakon macam tu. Takut terbayang-bayang. Been there. Esoklah gagahkan diri.”


Bagi yang belum menonton, filem Bencinta mengisahkan kisah sepasang suami isteri yang sudah enam tahun berkahwin dan dikurniakan seorang cahaya mata. Kehidupan mereka sangat bahagia sehinggalah suatu hari suami (Farid Kamil) ditangkap berlaku curang terhadap isterinya (Nora Danish). Di situlah bermulanya titik keganasan suami memukul isterinya.

Shila yang dihubungi oleh wartawan portal gua.com.my memberitahu yang dia masih trauma dengan keadaan itu namun enggan mengulas dengan lanjut tentang kisah itu. Pesannya kepada wanita-wanita yang menjadi mangsa keganasan lelaki supaya tampil lebih kuat dan tidak menjadi lemah.

Related Posts