THROWBACK Fesyen 2014: Fesyen Pelik Artis

shares |


Sepanjang tahun ini, peminat industri seni tanah air telah disajikan dengan pelbagai anugerah berprestij yang menjadi platform untuk para artis memperagakan fesyen masing-masing.

Maklumlah kalau bukan masa anugerah macam ini, bila lagi nak pakai kan? Namun yang tak sedapnya bila ada fesyen artis menjadi bahan troll peminat. Mudah terhibur betul korang kan?


Neelofa

Digandingkan bersama dengan Nabil dan AC Mizal bagi mengendalikan Anugerah Meletop Era sekitar Februari yang lalu, Neelofa dikritik hebat oleh peminat gara-gara penampilannya yang dikatakan agak keterlaluan.

Tidak cukup dengan itu, ada peminat yang membandingkan gambar Neelofa dengan Power Rangers Pink dan watak animasi Cell di dalam komik Dragon Ball. Gigih betul korang kan?


Emma Maembong

Kekasih hati Zizan ini juga tidak terkecuali menjadi bahan troll peminat apabila busana yang dipakai Emma disamakan dengan lambang permainan video Temple Run.

Kalau diamati betul-betul ada logiknya dakwaan peminat tersebut, atau mungkin pereka busana ini memang peminat tegar Temple Run?


Wak Doyok

Sebut saja nama Wak Doyok pasti semua peminat membayangkan misainya yang lentik itu. Digelar sebagai ikon fesyen tanah air, Wak Doyok sebenarnya kerap kali diperlekehkan oleh peminatnya.

Walau bagaimanapun sindiran tersebut sama sekali tidak mematahkan semangat Wak Doyok malah menjadikannya motivasi untuk terus melangkah maju ke hadapan. Bagi kami fesyen Wak Doyok ini cool!


Rabecca Nur Al Islam

Watak kartun Teletubbies! Itu lah respon peminat terhadap beberapa keping gambar yang dimuat naik oleh Rebecca melalui laman Instagramnya.

Fesyen yang sendat dan menyerlahkan susuk tubuh itu dikatakan agak keterlaluan malah tidak sesuai digayakan oleh seorang wanita yang bertudung. Rentetan daripada peristiwa itu, Rebecca bertindak mengemaskini laman Instagramnya daripada public view kepada private, hurm..

Sumber artikel: ohbulan.com.

Related Posts