Ustaz Meninggal Seperti Dalam Keadaan Berzikir Selepas Terlibat Kemalangan Maut

shares |


Kemalangan ngeri berlaku pada petang semalam di antara sebuah kereta dan motosikal di Simpang Tol Chenor.

Mangsa yang maut merupakan seorang ustaz yang mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Seberang, Temerloh, Pahang.

Namun satu perkara yang mengejutkan berlaku ketika kemalangan itu apabila gambar ustaz yang maut di tempat kejadian menunjukkan tangan kiri beliau seperti dalam keadaan tahiyat manakala tangan kanan beliau pula seperti sedang berzikir mengikut ruas jari.

Mungkin Ustaz dalam keadaan separa sedar sebelum dijemput Ilahi masih sedar dan sempat mengingati Tuhan yang satu. Wallahualam.

Semoga roh Ustaz ditempatkan dikalangan orang yang beriman... Amin.. Al-Fatihah.

Sumber gambar: fb.com/DailyTrafficReports

Related Posts