VILLA NABILA, Filem Yang Ditunggu Peminat Filem Tanahair

shares |


Kamithemedia hanya menulis tentang filem yang kami sangat berminat dan ternanti-nanti untuk menonton. Villa Nabila merupakan filem ke-3 yang diarahkan oleh pengarah muda berbakat besar, Syafiq Yusof.

Jika korang ada tengok video spontan yang kami kongsikan semalam, memang Villa Nabila termasuk antara salah sebuah filem yang amat kami nantikan untuk tahun 2015 nanti.

Kalau korang memang ikut perkembangan filem-filem yang diarahkan oleh Syafiq ni, mesti akan perasan yang buah tangan Syafiq ni berlainan sedikit dari mana-mana karya yang diarahkan oleh Syamsul Yusof dan juga Datuk Yusof Haslam sendiri.

Pada kami Syafiq mempunyai satu gaya kreativiti yang cukup 'halus' dalam bidang penerbitan filem tempatan yang jauh lari dari sifat filem tipikal Malaysia yang sudah jemu kita tonton.

Bercerita tentang filem Villa Nabila ini, tentunya ramai yang masih ingat tentang kisah tergempar yang berlaku di Johor Bahru apabila seorang remaja dilaporkan hilang selepas berkunjung ke Villa Nabila yang terletak di Jalan Skudai, Johor Bahru.

Namun filem Villa Nabila ini bukan hanya memfokuskan kepada kisah tersebut, tetapi lebih kepada dokumentari kisah benar yang tidak diketahui ramai (dirahsiakan atas sebab tertentu) iaitu semasa proses Villa Nabila cuba dilenyapkan dari atas muka bumi ini seperti yang diceritakan sendiri oleh para kontraktor yang terlibat dalam proses merobohkan Villa tersebut.

Trailer & Sinopsis:


Filem ini berdasarkan kisah-kisah seram yang berlaku di sebuah rumah terbiar di Johor yang dinamakan Villa Nabila. Pengarah Syafiq Yusof memilih untuk menyampaikan kisah benar mengenai rumah tersebut dalam bentuk dokumentari.

Filem ini bermula dengan kehilangan seorang remaja di rumah tersebut dan Syafiq menemubual beberapa individu yang mendakwa pernah mengalami peristiwa misteri di Villa Nabila untuk menjadikannya sebuah filem.

Misteri & Seram


Berlaku juga beberapa kejadian yang tidak diduga bahagian penerbitan filem ini apabila ada yang dirasuk ketika penggambaran memandangkan penggambaran filem ini dijalankan di lokasi sebenar, di Villa Nabila itu sendiri.


Melalui trailer dan keunikan yang cuba dibawakan, kami berharap agar Villa Nabila ini akan memberikan wajah baru kepada filem seram di negara ini yang sedang menghidap kanser sejak sekian lama, iaitu semua lebih kurang sama sahaja.

Sama-sama kita nantikan kehadiran filem ini di layar perak seluruh negara pada 15 Januari 2015 nanti. -ohmedia

Related Posts