Vokalis Kumpulan Terra Rossa Mengaku Bersalah Miliki Dadah

shares |


Seorang lagi artis Malaysia terlibat dengan penyalahgunaan dadah terlarang. 

Beberapa minggu lepas kita semua telah dikejutkan dengan penahanan Ezad Exist atas kesalahan yang sama iaitu penyalahgunaan dadah. Kita amat berharap agar industri hiburan kita bebas dari dadah.

Vokalis baharu Kumpulan Terra Rossa mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Ampang dekat sini, hari ini terhadap pertuduhan memiliki dadah jenis methamphetamine di Taman Cempaka di sini, minggu lepas.

Khairul Hizam Kaha, 39, yang dikenali sebagai Jijam membuat pengakuan itu ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Noor Farah Hazwani Osman.

Jijam didakwa memiliki dadah seberat 0.98 gram di kawasan Axis Astrium, Taman Cempaka, Ampang dekat sini pada 4.30 petang, 10 Disember lepas.

Timbalan Pendakwa Raya S.Purnima menawarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin bagaimanapun tertuduh, yang tidak diwakili peguam, merayu mahkamah membenarkan jaminan atas alasan isterinya tidak bekerja dan hanya bergantung kepada hasil perniagaannya.


Mahkamah membenarkan Khairul Hizam diikat jamin sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 12 Februari depan untuk sebutan semula kes dan laporan kimia tertuduh.

Sementara itu, vokalis itu mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan memasukkan dadah itu ke dalam badannya di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Daerah Ampang jaya di sini pada 7.15 malam, 29 Mei lepas.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan tarikh sama untuk sebutan kes.

Kita yang menerima berita yang melibatkan penyalahgunaan dadah di kalangan artis ternyata sangat kecewa kerana ini akan menjatuhkan imej negara kita Malaysia. Secara tidak langsung rakan-rakan artis yang lain akan turut terpalit sama.

Semoga mereka yang terlibat akan cepat sedar dan terus kembali ke pangkal jalan. Lihat sahaja contoh artis-artis yang telah kembali pulih seperti sediakala.

Sememangnya untuk kembali pulih amat memerlukan pengorbanan yang besar dan sukar. Namun hendak seribu daya taknak seribu dalih.

Related Posts