Wanita Anjur 'Parti Bikini' Malam Tahun Baru?

shares |


Baru-baru ini, seorang wanita dengan beraninya menganjurkan serta mempromosikan private partynya di Facebook secara terbuka yang mana melibatkan umur 18 tahun ke atas sahaja.

Facebook Page Lelaki Maskulin by Sensual Zara, menganjurkan sebuah private party yang bertemakan ‘#Na-ked Foam’ yang bakal diadakan pada 31 Disember 2014.

Menurut page berkenaan, parti berkenaan akan diadakan di ONEKL. Penyertaan pula hanya dari kalangan pembeli produk mereka sahaja. Yuran pula hanya akan didedahkan kepada mereka yang berminat.


Dari segi pakaian pula, wanita dikehendaki memakai bikini. Manakala lelaki pula disyaratkan berpakaian casual.

Tarikh tutup untuk menyertai private party tersebut sepatutnya tamat pada 30 November. Bagaimanapun telah dilanjutkan sehingga 2 petang 2 Disember atas permintaan ramai.

Sumber artikel: mymediahubonline.blogspot.com.

Related Posts