Warga Asing Dicekup Bermaksiat Dalam Hotel

shares |


Sepasang warga asing yang sedang leka melakukan hubungan seks, terkejut apabila didatangi penguat kuasa Jabatan Imigresen negeri yang membuat serbuan di sebuah hotel bajet di bandar ini, semalam.

Lelaki warga Myanmar dan pasangannya, warga Indonesia itu ditemui dalam keadaan tanpa seurat benang.

Difahamkan, wanita berusia 20-an itu menerima bayaran serendah RM50 bagi setiap khidmat seks yang ditawarkan.

Operasi kira-kira jam 6 petang itu dilakukan sepasukan pegawai di tiga lokasi berasingan iaitu dua di sekitar bandar ini dan satu di Sikamat, di sini selepas melakukan risikan dan menerima aduan awam tentang lambakan warga asing.

Pengarah Jabatan Imigresen Negeri, Faizal Fazri Othman berkata, pihaknya menerima maklumat tentang lambakan warga asing di sekitar tingkat bawah hotel bajet berkenaan.

“Pada hujung minggu, lokasi ini sering menjadi tumpuan warga asing. Apabila kita membuat risikan, terdapat aktiviti pelacuran di tingkat satu hotel ini.

“Ketika serbuan, terdapat beberapa pelacur warga asing sedang menunggu pelanggan di bilik mereka. Turut ditemui kondom yang belum dan sudah digunakan,” katanya.

Menurutnya, pelacur dan pelanggan warga asing itu ditahan kerana tidak memiliki dokumen yang sah.

“Empat lelaki warga Nepal, seorang lelaki warga India, dua perempuan warga Indonesia dan seorang wanita warga India turut ditahan di sekitar hotel itu.

“Mereka disiasat mengikut Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tiada dokumen perjalanan sah dan Seksyen 39 (b) kerana menyalahgunakan pas,” katanya.

Semua mereka dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen Lenggeng, di sini.

Related Posts