Zizie Ezette Tawar Hadiah 'ISTIMEWA' Untuk Follower Di Instagram

shares |


Sejak seminggu lalu, kakak kepada pelakon Shaheizy Sam iaitu Zizie Ezette membuka akaun baru di laman Instagram di bawah nama @zizieizette.

Terdahulu beliau sudah mempunyai akaun Instagram di bawah nama @izette78 dan mempunyai 145,000 pengikut.

Istimewanya akaun baru yang dibuka sejak seminggu lalu mempunyai matlamat murni daripada isteri ahli politik bernama Bung Mokhtar itu.

Zizie mewujudkan akaun berkenaan bersempena sambutan hari lahirnya yang ke-36 pada 30 Disember ini.

Selalunya jika sesiapa yang menyambut hari lahir, mereka yang akan menerima hadiah. Tetapi sebaliknya pula apabila Zizie bermurah hati menawarkan hadiah untuk pengikutnya di laman bergambar popular berkenaan.

Malah Zizie sudah menawarkan hadiah istimewa berupa telefon bimbit dan minyak wangi kepada pengikutnya.

"Daripada menerima hadiah pada hari lahir, tak salah jika kita mengubah tradisi itu dengan memberi kepada pengikut saya di laman itu. Selama ini pun keluarga dan kawan saya pun selalu sama-sama merasa rezeki daripada saya.

"Kali ini giliran pengikut di laman Instagram pula. Tapi sebelum mereka menerima hadiah itu, saya akan wujudkan pertandingan. Nak menang hadiah kenalah jawab soalan atau berfikir dulu.

"Baru menarik. Saya percaya, kalau kita nak murah rezeki kita kena selalu memberi," katanya.


Melihat kepada entri terbaru yang dimuat naik di laman Instagram beliau yang menawarkan hadiah minyak wangi, Zizie di bawah keterangan gambar itu ada bertanyakan jika beliau dikurniakan anak... nama apa yang sesuai diberi.

"Oh... soalan itu hanya umum. Sekadar suka-suka. Saya belum ada rezeki melahirkan anak lagi," katanya sambil memberitahu perkahwinan dengan Bung akan genap lima tahun pada 16 Disember ini.

Related Posts