Zul Huzaimy Selamat Bertunang Dengan Misz Erna

shares |


Setelah gagal dalam perkahwinannya yang terdahulu, Zul Huzaimy telah pun berkongsi berita gembira mengenai pertunangannya dengan seorang wanita yang hanya dikenali dengan nama Misz Erna.

Untuk makluman, Zul Huzaimy telah bercerai sejak tahun 2010 dan ada desas-desus menyatakan teman wanita barunya ketika itu adalah isteri orang. Namun tidak diketahui sama ada Misz Erna adalah orang yang sama ataupun wanita yang berbeza.


Apa pun jelas terpancar kegembiraan Zul Huzaimy dengan pertunangannya apabila kata-kata yang ditulis menerusi akaun Instagramnya amat syahdu sekali. Tulis Zul:

Alhamdulillah selesai sempurna semuanya. #majlis #tunang aku #zulhuzaimy dan dirinya yang tersayang @miszerna Terima kasih mak merestui diriku. Joy sayang mak. Terima kasih puteraku Awal Haziq yang sangat gembira bila diriku sudah berpunya. Terima kasih pakjak, terima kasih uncle din, abg hatta, kak lin, terima kasih along, adik2ku ina, ayien, Iwan, Julia, seha, fidah, Aus, Noni, Pipi @dyayabesh, fatimah @iemamarzuki faqiha @velvettinta Terima kasih buat sahabatku rizal @kuzuri82 @hafizmahmud76 dan isteri, Saiful dan isteri.

Terima kasih kaum keluarga Terima kasih sayangku @miszerna menerima diriku. Jagalah dirimu di sana buat diriku di sini. Kasih dan sayangku moga ke akhirnya. Terima kasih tak terhingga pada sekalian yang membantu buat mama Puan rokiah, uncle HMNor, Ila, cikgu lizawati (along) dan cikgu zainudin, busu sekeluarga, dato’ jasmay dan isteri serta keluarga @adrianajasmay @liyanajasmay buat allahyarham ayahanda Marzuki Yusie, moga ayah tenang dan bahagia di sisi Allah.


Tahniah diucapkan kepada Zul dan Erna atas pertunangan ini. Semoga semuanya berjalan lancar sehingga ke hari pernikahan.

Nanti kongsi-kongsikanlah tarikh bersejarah tersebut. Pasti ramai peminat yang teringin melihat Zul naik ke jinjang pelamin sekali lagi. Tahniah!!!

Sumber artikel: beautifulnara.com.

Related Posts