Apa Sudah Jadi?

shares |


Haaa.. yang ini kerja gila namanya.. kalau iya pun minat Kpop tapi jangan lah sampai jual maruah diri. Dan yang paling sedih.. dah terlupa ka yang diri tu ‘Islam’.

Ini lah jadi bila artis Kpop datang Malaysia.. semua awek-awek yang minat gila dengan artis Kpop ni terus jadi sawan haha.. ! sebab apa Gomez cakap macam tu ? Sebab dorang ni sanggup bagi artis Kpop peluk dorang dan siap kiss lagi.

Wowww ! betul tak tipu.. nasib la Gomez tak minat Kpop. Bukan seorang tau rakyat Malaysia yang Islam dan bertudung dipeluk dan dicium oleh kumpulan B1A4 dari Korea ni.. tapi ramai haa belambak !

Eshhh.. eshh apa la nak jadi ni. Siap kena peluk on stage lagi.. tak malu ka dah la bertudung pulak tu. Aduh.. kalau ada yang tertanya-tanya masa bila pulak artis Korea ni datang Malaysia sebenarnya dorang ada buat special fan meeting dekat Kuala Lumpur.

Haaa.. yang fanatik-fanatik gila meroyan ja dapat jumpa artis Kpop ni haha dorang ada buat jualan tiket pada 30 November tahun lepas.

Dah tu siap bangga lagi dapat peluk cium artis Kpop ni.. siap upload lagi dalam Instagram. Fuhhh.. malu awek Malaysia yang lain.. nanti tak pasal-pasal awek Malaysia kena label ‘Gedik’ macam kes Charly Chappuis dulu tu.

Pasal korang yang terlebih gedik ni la tak pasal-pasal semua awek Malaysia dikatakan gedik. Tambah-tambah yang pakai tudung.. eshhhh eshhh.

Related Posts