Artis Muda Bermanja Di Lokasi Penggambaran?

shares |


Kalau dilihat pada usia dua bintang muda ini, kami tak sangka mereka sanggup bermesraan di satu lokasi penggambaran.

Menurut sumber kami, pasangan muda itu masih mentah dan tidak sepatutnya berani bertindak sedemikian.

Kata sumber kami, rakannya yang berada di lokasi itu tiba-tiba mahu mengambil barang di dalam sebuah van. Namun, akhirnya dia terkejut sebaik melihat pasangan bintang muda itu intim semacam.

Ujar sumber kami, dia yang mendengar kisah itu daripada rakannya bagaikan tidak percaya dengan cerita disampaikan.

Ini kerana menurutnya dua bintang muda itu masing-masing menunjukan imej baik dan tak sangka pula di belakang kita mereka beraksi nakal.

Setahu kami pun, dua bintang muda ini lebih kurang sebaya. Barangkali, apabila sudah selalu berjumpa, timbul perasaan suka di hati mereka.

Apapun, alasannya aksi bermesra di antara lelaki dan perempuan adalah perkara tidak wajar dilakukan. Apatah lagi mereka masih lagi hingusan.

Kami harapkan mereka yang di sekeliling pasangan berkenaan rajin-rajinlah memantau mereka di lokasi.

Bukan apa kita cuma hendak memastikan agar mereka tidak terjebak dengan perkara yang keterlaluan.

P/S: Terkejut sikap seorang artis baru yang suka cakap lepas.

Related Posts