Awie: "Ibu Jenis Apa Yang Aibkan Anaknya Sendiri?"

shares |

Fuh~~ Pedas dan tajam sungguh kata-kata Awie yang ditujukan kepada isterinya, Rozana Misbun.

Sementelah sijil perkahwinan mereka disahkan palsu, Awie tampil dengan kata-kata yang menzahirkan kekecewaannya terhadap apa yang telah dilakukan oleh Rozana.

Tambah menarik, Awie juga turut membuat pengakuan yang harta miliknya dikikis oleh Rozana sepanjang 9 tahun perkahwinan mereka.


Bahana sijil nikah palsu pasangan suami isteri ini, ada suara yang mempertikaikan status anak-anak hasil daripada perkongsian mereka. Tampil untuk menjelaskan keadaan, Awie berkata:-

Kalau dia (Rozana) nak aibkan diri ini… saya tak kisah. Saya sudah terbiasa. Tapi jangan sentuh bab anak. Ibu apa yang sanggup mengaibkan anaknya sebegini rupa di saat mereka memerlukan kasih sayang daripada insan bergelar ibu dan bapa.

Daripada hukum syarak perkahwinan saya dengannya di Songkhla, Thailand pada 20 Jun 2005 sah dan hanya sijil nikah saja yang palsu. Sebelum ini, saya yakin surat nikah itu sah kerana sepanjang berkahwin tidak pernah ada masalah mendapatkan sijil kelahiran tiga anak kami.

Tapi tak sangka pula ejen yang menguruskan pendaftaran nikah kami itu menipu kami. Awalan perkahwinan kami memang saya tidak boleh pergi ke pejabat agama untuk menguruskan hal berkenaan kerana mengelak perkahwinan kami diketahui orang lain termasuk Arni Nazira (bekas isterinya). Tapi saya memang tertipu.


Awie juga turut memaklumkan yang dia ingin mendaftarkan perkahwinan mereka di Malaysia sejak dari awal lagi namun telah dihalang oleh Rozana kerana tidak mahu status mereka diketahui umum. Kata Awie lagi:-

Cop sijil perkahwinan kami memang di Malaysia cuma nombor siri saja bertindan dengan pasangan kahwin lain. Jika saya tahu akan masalah ini dari awal kenapa perlu saya sorok. Bahkan sejak awal lagi saya ingin buat pengesahan dan mendaftarkan pernikahan kami.

Tetapi dia halang kerana bimbang berita berkenaan akan diketahui umum sekali gus sampai kepada pengetahuan keluarganya. Dia siap pernah minta supaya diceraikan selepas berita perkahwinan rahsia kami terbongkar di Internet menimbulkan kekecohan


Tambah menarik apabila Awie membongkarkan yang Rozana Misbun tidak pernah sekali pun datang melawat anak-anaknya sepanjang 6 bulan yang lalu. Tambah Awie lagi:-

Selama sembilan tahun saya boleh bertahan dengannya biarpun tahu dia wanita yang bagaimana. Sudahlah merampas kebahagiaan bekas isteri saya dan melakukan perkara yang banyak menundukkan diri saya seperti orang bodoh jadinya, dia masih tak sedar diri.

Sudahlah harta saya dikikis dia. Bahkan duit raya untuk anak pun dia kebas juga. Jangan ingat saya tak tahu permainan dia menambah kenalan di laman Facebook termasuk teman wartawan yang tak dikenali selama ini untuk meraih simpati.

Dia selalu cakap rindukan tiga anak kami sedangkan sepanjang enam bulan lalu dia langsung tak melawat mereka apatah lagi menghubungi. Ibu jenis apa gamaknya dia ini


Nampaknya Awie pun sudah tidak mampu menahan segala apa yang disimpan selama ini di dalam dadanya. Satu demi satu pendedahan telah dilakukan oleh penyanyi rock ini. Sama-samalah kita nantikan apa yang akan berlaku selanjutnya. -beautifulnara

Related Posts