Aziz Desa Terlantar Di Hospital Akibat Masalah Buah Pinggang

shares |


BEKAS selebriti TV Aziz Desa kini dilaporkan terlantar di Hospital Langkawi akibat masalah buah pinggang yang kronik dan penyakit kencing manis.

Menurut laporan Harian Metro, Aziz dimasukkan ke hospital sejak dua hari lalu selepas pengsan di rumah adiknya di Kampung Bayas, Langkawi.

Hasil pemeriksaan, doktor mengesahkan penyakit buah pinggangnya berada pada tahap serius dan sedang menunggu ujian darah sebelum menjalani proses dialisis dalam tempoh terdekat.

“Ini adalah adalah kali keempat saya masuk hospital akibat penyakit serius. Sebelum ini saya masuk hospital kerana penyakit kencing manis,” katanya.

Penyakit kencing manis Aziz kini berada pada tahap kelima dan memerlukan rawatan lanjut bagi merawat penyakit yang dihidapinya itu.

Kami di disini mendoakan agar kesihatan Aziz akan segera pulih seperti sedia kala, insya-Allah. -mynewshub

Related Posts