Bercerai Dengan VIP, Jumpa Kekasih Baru

shares |


Artis ini memang cantik. Siapa yang terpandangnya pasti akan menoleh dua kali. Ini memang SS tak nafikan.

Sebelum ini dia berkahwin dengan VIP, tetapi nampaknya jodoh mereka tidak panjang dan berakhir dengan perceraian.

Selepas bercerai, jarang ceritanya dipaparkan dalam media dan dia juga tidak aktif lagi dengan dunia hiburan.

Selepas kembali solo, SS dengar ramai juga mahu menghimpitnya, tetapi dia masih seperti dulu.

Tiada sebarang berita sama ada dia sudah mempunyai pasangan baru atau mahu berkahwin.

Namun seorang rakan SS baru-baru ini menyampaikan berita mengejutkan ketika dia bercuti di kota London.

Katanya, di sana dia terserempak dengan artis terbabit berjalan berpimpin tangan dengan seorang jejaka Melayu.

Menurut rakan SS, sambil berpegangan tangan mereka berjalan memasuki restoran dan mereka kelihatan amat mesra sekali.

Nak kata kawan biasa atau bersama saudara, takkan mesranya mengalahkan pasangan kekasih?

Tidak mustahil jejaka itu seorang yang istimewa buat artis terbabit.

Mungkin hati artis itu sudah dimiliki selepas sekian lama bergelar janda. Kalau rasa dah berkenan elok­lah berkahwin lagi.

SS : Artis tempatan perlu ingat ramai rakyat Malaysa menetap di luar negara, jadi jangan ingat apabila ke luar negara anda takkan dikenali. -hmetro

Related Posts