Bila Che Ta Digosipkan Berskirt Pendek

shares |


Jika sebelum ini pelakon jelita Rozita Che Wan di hentam kerana berjalan-jalan ketika dalam tempoh berpantang, pelakon ini terpalit pula dengan gosip yang mengatakan dia dilihat berjalan-jalan ditengah panas di sebuah pusat beli-belah di Johor Bahru dengan memakai skirt pendek.

Rozita Che Wan atau lebih mesra dipanggil Che Ta ini, menafikan dakwaan tersebut dan berkata bahawa dia memakai seluar panjang pada hari tersebut.

"Memang saya dan Zain ada ke sana ketika saya masih dalam pantang. Kami tiba di sana kira-kira jam 5 petang dan bukannya tengah hari. Saya pula hanya memakai pakaian biasa dan berseluar panjang.

"Kami juga hanya sempat singgah membeli-belah di beberapa kedai saja, bukannya merayau ke semua kedai," ujarnya.

Jelasnya lagi, dia kesal dengan gosip berbaur fitnah itu dan sudah lali berhadapan dengan apa saja kisah tidak bernar mengaitkan dirinya.

Sementara itu, Che Ta yang berkongsi kisah percutian mereka ke kota London, berkata, anaknya, Aaisyah Dhia Rana tidak banyak ragam dan mudah diuruskan.

"Dia tidak meragam langsung. Kalau terlalu letih pun terus tertidur.

"Apapun, tak dinafikan sejak Aaisyah lahir saya memang kurang rehat dan tidak cukup tidur. Apapun, itu perkara biasa jika baru mendapat bayi dan kami teruja menguruskan Aaisyah bersama-sama," katanya.

Tambahnya lagi, dia bersyukur dikurniakan suami yang bertanggunjawab dan ringan tulang untuk membantu menjaga anak perempuan mereka.

Dalam perkembangan lain, dia yang turut mengulas mengenai perjalanan seninya berkata, untuk tempoh enam bulan ini dia tidak akan berlakon memandangkan dia lebih selesa untuk menjaga anaknya sendiri.

Related Posts