Bintik Hitam Di Kaki Sulli Jadi Tanda Tanya

shares |


PENAMPILAN ahli kumpulan f(x) iaitu Sulli dalam sebuah acara hiburan baru-baru menjadi perhatian umum.

Rata-rata pelayar internet yang melihat gambar penyanyi itu melalui karpet merah tertanya-tanya dengan bintik-bintik hitam yang terdapat di kedua-dua kakinya itu.

Bintik-bintik hitam itu dikatakan seperti bekas suntikan yang didakwa suntikan carboxy yang bertujuan untuk membuang lemak.


Suntikan tersebut terkenal dikalangan artis kerana dinilai berkesan untuk melancarkan perjalanan darah termasuk membuatkan kulit cantik tanpa melakukan pembedahan.

Sementara itu, kemunculannya pada acara hiburan itu juga menjadi tanda tanya sama ada dia sudah kembali ke dunia hiburan Korea.

Sebelum ini, dia pernah mengumumkan untuk mengundur diri daripada dunia hiburan buat sementara atas masalah peribadi. -mstar

Related Posts