Bosan Bekerja Di Wall Street Buatkan Broker Jelita Ini Jadi Aktres L*cah

shares |


NEW YORK – Dapat bertugas sebagai broker saham di bursa terbesar dunia dan penuh glamor, Wall Street bagi sesetengah individu dianggap sudah cukup hebat namun tidak bagi wanita Amerika Syarikat (AS) ini yang bernama Paige Jennings.

Berusia 23 tahun, dia yang jemu dengan rutin tugasan hariannya yang terlalu kapitalis itu kemudian menjadikan aset jelita wajahnya untuk beralih kerjaya menjadi bintang filem pornografi terkenal AS dan lebih lumayan ganjaran diterimanya.

Paige berkata, dia sebenarnya masih lagi menggemari bidang analisis pasaran kewangan dan saham tetapi akhirnya menyedari, dia tidak mahir ‘berpolitik’ termasuk suka mengampu dan membodek bos atasan untuk berjaya sebagai broker.

“Saya bukan jenis manusia hipokrit, kerja saya cuma duduk di belakang meja selama lapan jam sehari adalah sebuah kehidupan amat buruk, maka saya mulai berfikir untuk mencuba pilihan lain yang cara kerjanya tidak terlalu ketat,” kata Paige.


Dia yang dikenali dalam dunia pornografi AS sebagai Veronica Vain mendedahkan, perasaan bosan dengan pekerjaan di Wall Street adalah faktor utama dia bertukar bidang meskipun Paige memang jenis individu ‘workaholic’ atau suka bekerja.

Karier Paige sebagai bintang filem lucah bermula dari hobi suka selfie secara bogel di bilik mandi yang kemudian gambar-gambar telanjang dirinya itu digunakan sebagai portfolio untuk menyertai sebuah program realiti televisyen tempatan.

Rancangan pornografi terkenal dikenali sebagai Sex Factor itu; seperti juga Fear Factor tetapi versi lucah; masih lagi berlangsung di Las Vegas dan dijangka selesai pada Februari depan dengan menawarkan hadiah lumayan AS$1 juta (RM3.6 juta).

Dia menjadi antara aktres pilihan dinobatkan sebagai juara oleh ramai pengguna laman sosial Twitter bahkan aksi Paige atau Veronica di atas ranjang berjaya menaikkan rating program itu menerusi YouTube apabila ditonton lebih 1.5 juta kali sehari.

Industri pornografi di AS mencatat perolehan tahunan kira-kira AS$14 bilion (RM50 bilion) dan program realiti Sex Factor dianggap platform terbaik untuk mencari bintang pelapis berpotensi dalam dunia filem lucah negara itu. – Agensi

Related Posts