Edry KRU Minta Aweera Merendah Diri Dan "Move On"

shares |

Sebelum ini, Aweera memberi kenyataan bahawa Edry Abdul Halim selaku komposer Romancinta telah membuktikan bahawa Edry suka bermain drama dengan menggunakan kumpulan muzik jalanan Caliph Busker dalam persembahan Mojo untuk finale Anugerah Juara Lagu ke-29 yang baru lepas.


Aweera mendakwa drama yang dibuat oleh Edry ialah bagi meraih simpati orang ramai dan drama itu berjaya. Aweera juga mendakwa persembahan cemerlang Mojo ialah atas kapasiti Caliph Busker dan bukannya kerana Mojo.

Melalui Instagramnya, Edry telah memberi reaksi kepada kenyataan Aweera.


Sebelum ini Mangga Online melaporkan bahawa Edry telah mengeluarkan kenyataan mungkin mengambil tindakan undang-undang untuk menghalang Aweera dari menyanyikan lagu Mojo dan mahu agar artis itu berdikari.

Yes, Aweera is a good singer but he’s not the only good singer. Banyak lagi penyanyi yang bagus. Bagi saya, kami tidak kehilangan apa-apa. Mojo akan meneruskan langkah seterusnya dengan penyanyi baru.

All the best to him. Memang susah untuk dia bergerak sendiri dalam industi ini. Saya harap dia akan dapat lagu seperti ‘Mewangi’ (nyanyian Akim & The Majistret) untuk menaikkan nama dia.

Kalau dah berdiri atas kaki sendiri, maksudnya dia perlu berdikari untuk terus kekal dalam industri ini.

Mungkin kata Edry ada benarnya. Aweera perlu menyahut cabaran ini untuk mendapatkan lagu-lagu yang bagus dan membuktikan kemampuannya.

Mungkin juga Aweera boleh mencipta lagu sendiri selepas ini, siapa tahu kalau-kalau ada bakat terpendam dan mampu mencipta lagu sebaik lagu ‘Mewangi’ nyanyiam Akim and the Majistret, ya tak? Doakan yang terbaik buat Aweera. -beautifulnara

Related Posts