Eva Mandes Tak Mahu Kahwin Dalam Masa Terdekat Ini

shares |


Aktres, Eva Mendes dan pasangannya, aktor, Ryan Gosling dilaporkan tidak mempunyai perancangan untuk berkahwin dalam masa terdekat ini.

Menurut laman web femalefirst.co.uk, pasangan itu yang mempunyai seorang anak perempuan, Esmeralda Amada, tiga bulan dilaporkan tidak mempunyai kepentingan untuk menukar status perhubungan mereka buat masa ini, sebaliknya mahu memberi tumpuan kepada kehidupan baharu yang dilalui.

Satu sumber rapat dengan pasangan tersebut berkata, mereka kini lebih menumpukan perhatian kepada kehadiran orang baharu dalam keluarga dan tidak menjadi keutamaan kepada pasangan itu untuk berkahwin dalam masa terdekat ini.

Baru-baru ini, hubungan pasangan itu dikhabarkan mempunyai masalah selepas aktor berusia 34 tahun itu terpaksa menghabiskan banyak masanya di Atlanta, Georgia sempena penerbitan filem baharu yang berjudul The Nice Guys.

Manakala Mendes pula berada Los Angeles dan terpaksa menguruskan anak perempuan mereka sendirian.

Dalam pada itu, bintang filem Hitch itu mengakui dia kini masih menyesuaikan diri dengan peranan baharu sebagai seorang ibu.

Related Posts