Fauziah Latiff Nak Kahwin Lagi?

shares |


Penyanyi popular sekitar tahun 90an Fauziah Latiff hanya mengucapkan Inshaa Allah walaupun diasak berkali-kali mengenai niatnya untuk berkahwin sekali lagi.

Dia hanya tersenyum dan mohon doa kepada semua peminat semoga ditemukan jodoh dan memberi sinar baru kepada kehidupannya.

“Inshaa Allah.. itu yang saya mampu ucapkan mengenai desas-desus yang mengatakan saya ingin bernikah sekali lagi.

“Saya tak boleh ulas dengan lebih lanjut kerana ia hanya andaian dan tafsiran orang ramai, saya tidak boleh beri kata putus kerana saya sendiri pun belum ada jawapannya,” kata Fauziah.

Fauziah Latiff yang ditemui oleh para wartawan di Majlis Media Pelancaran Aplikasi Telefon Pintar ‘WeAreGorgeous’ (WAG) di Khadijah’s Kitchen Setapak, enggan mengulas lanjut mengenai tarikh perkahwinannya.

“Saya tak cakap tahun ini, tahun depan atau tahun yang seterusnya apatah lagi calon suami, kalau ada jodoh… Inshaa Allah adalah rezeki untuk saya,” ujarnya sambil tersenyum.

Mengenai perkembangan kariernya, Fauziah masih lagi giat aktif menyanyi dan menerima undangan terutama di majlis-majlis korporat mahupun jemputan VVIP di seluruh negara.

Related Posts