Gadis Dipeluk Artis KPOP, Abby Abadi Tegur JAKIM

shares |


Nampaknya isu gadis bertudung dipeluk selebriti K-Pop masih hangat diperkatakan.Bukan korang je yang buka mulut fasal perkara ni, Abby Abadi pun turut sama membidas tindakan ini tau!

Bukan saja program K-Pop ini dikatakan lebih teruk dari program pegang anjing, tindakan JAKIM menegur perkara ini turut mendapat perhatian Abby.


Menurut kapsyen yang ditulis Abby, dia mempersoalkan tindakan JAKIM menegur program tersebut. Walhal, dalam industri hiburan negara masih banyak lagi maksiat yang dilakukan,

Kenapa nampak yang ni je? Paper, majalah hiburan di Malaysia ni. Saban hari, tiap minggu, tiap-tiap bulan terang-terang covernya gambar bermaksiat. Tak pernah dengar pun nk ambil apa-apa tindakan.

Kenapa diamkan je?


Malah, Abby turut mempersoalkan kenapa selama ini tiada Ulama yang ingin menegur artis-artis tempatan melakukan maksiat.

Tak cukup popular ke artis kt Malaysia ni? Dalam drama, filem, teater bukan main terang lagi kemaksiatan mereka.. Kenapa di diamkan je? Kenapa tiada Alim Ulama yg ada dalam Barisan Pimpinan Negara bersuara?

Tak boleh terima insiden K-Pop diambil tindakan


Haaa, ni yang paling kami tak faham. Tapi, bila baca dua kali baru kami mengerti apa yang dimaksudkan Abby.

Seriuss.. Sangat tak boleh diterima akal kalau insiden antara K-pop & peminat fanatik mereka tu diambil tindakan tapi artis dalam dunia hiburan terus dibiarkan…#SelamatkanMalaysia #SelamatkanSahabatSahabatSaya #ALLAHUAKBAR

Related Posts