Gadis Tudung "GORENG GITAR" Kini Popular

shares |


Seorang gadis bertudung di Indonesia mempunyai keunikan tersendiri dengan kebolehan bermain gitar elektrik, namun pada masa yang sama dia juga merupakan seorang pelajar pintar di sekolah dan taat perintah agama.

Akhbar Tempo melaporkan, sebelum ini, satu klip video memaparkan Meliani Siti Sumartini ‘menggoreng’ gitar elektrik membawa lagu Hourglass nyanyian kumpulan metal Lamb Of God sehingga memukau ramai orang.

Dalam tempoh seminggu ia dimuat naik di YouTube, klip berkenaan telah ditonton hampir 100,000 kali.

Menurut beberapa guru, Meliani mampu menguasai bahasa Arab dengan fasih dan mengaji al-Quran dengan baik. Ia merupakan dua syarat yang ditetapkan oleh Sekolah Menengah Kejuruan Pasundan 3 itu.

Malah, guru agama sekolah itu, Budi Aji mengakui Meliani sangat rajin berpuasa sunat Isnin dan Khamis berbanding dirinya.

Ketika ditemui di sekolahnya, Meliani melayan soalan wartawan tetapi segera meminta diri untuk seketika apabila waktu Zuhur tiba.

Melihat keadaan itu, Budi berkata, Meliani memang sangat jarang meninggalkan amalan solat berjemaah ketika di sekolah.

Meliani mula belajar bermain gitar ketika di sekolah rendah namun kemahirannya menggunakan gitar elektrik hanya terpancar ketika dia berada di peringkat awal sekolah menengah.

Pada Mac 2014 klip video Meliani dimuat naik di YouTube membawakan satu lagi lagu metal, iaitu Say Goodnight nyanyian asal kumpulan Bullet for My Valentine.

Related Posts