Hafiz Suib Bertunang Febuari 2015

shares |


Akhirnya teka-teki mengenai status terkini hubungan di antara Hafiz Suip dan seorang wanita bernama Effy terjawab apabila mereka berdua bakal bertunang pada 27 Februari depan.

Hafiz yang sebelum ini agak tertutup dalam membicarakan soal hubungannya turut mengakui sudah menghantar rombongan merisik ke rumah Effy pada 21 Disember lalu. Pastinya berita gembira ini sedikit sebanyak mengecewakan para gadis di luar sana.

27 Februari Tarikh Ulang Tahun Kelahiran Saya – Hafiz


Bercakap kepada Harian Metro, Hafiz mengakui dirinya dan Effy akan mengikat tali pertunangan di sebuah hotel di Kuching, Sarawak. Malah tanggal 27 Februari dipilih sempena hari kelahirannya.

Insya-Allah, saya dan Effy akan mengikat tali pertunangan pada 27 Februari ini di sebuah hotel di Kuching, Sarawak.

Tarikh 27 Februari itu menjadi pilihan kami kerana ia tarikh ulang tahun kelahiran saya. Jadi, mudahlah untuk saya mengingati hari bahagia itu.

Menurut Hafiz, mereka berdua mula menjalin persahabatan sejak lima tahun lalu ketika beliau belum mencipta nama sebagai penyanyi. Iyalah ada talian persaudaraan kan, mesti dah kenal lama.

Kahwin Lagi Dua Tahun


Menyentuh mengenai tarikh perkahwinan, Hafiz menjelaskan mereka berdua mungkin akan berkahwin kira-kira dua tahun selepas bertunang bagi memberi peluang kepada Effy menamatkan pengajian.

Saya merancang mendirikan rumah tangga kira-kira dua tahun selepas bertunang.

Ini kerana saya mahu Effy menamatkan pengajian dan mengecapi kerjayanya sebelum kami diijab kabul.

Pemilik lagu Matahari ini mengakui dirinya tertarik dengan sikap Effy yang lemah lembut, matang dan menghormati orang tua. Semoga hubungan Hafiz dan Effy berkekalan, kahwin jangan lupa jemput! -ohbulan

Related Posts