Hubungan Cinta Penyanyi COLDPLAY, Chris Martin & Jennifer Lawrence Kembali Bersinar

shares |


PELAKON Jennifer Lawrence dan Chris Matin dilaporkan kembali menjalinkan hubungan cinta selepas mereka dilihat menghabiskan masa bersama sempena sambutan tahun baharu 2015 pada 1 Januari lalu.

Sumber memberitahu majalah People pasangan berkenaan mengambil keputusan untuk memberi peluang kedua terhadap hubungan mereka selepas berpisah pada Oktober lalu.

Percintaan mereka tidak menjadi sebelum ini, pasangan berkenaan mengambil keputusan untuk mencuba sekali lagi dan kedua-dua mereka kelihatan komited terhadap perkara itu.

"Mereka akan berusaha untuk meluangkan masa bersama-sama biarpun jadual mereka padat dengan aktiviti masing-masing," kata sumber berkenaan.

Dalam pada itu, Jennifer juga mula menerima kenyataan bahawa Chris perlu mengutamakan anak-anaknya hasil perkahwinan dengan aktres Gwyneth Paltrow dan menyokong tindakan teman lelakinya itu.

Pasangan itu sebelum ini dilaporkan berpisah selepas Jennifer tidak dapat menerima hubungan akrab Chris dengan bekas isterinya biarpun mereka sudah bercerai.

Related Posts