Ismail Embong Dihencap Netizen Berhubung Isu Aurat Anaknya

shares |


RASANYA semua peminat hiburan mengetahui prinsip yang diamalkan oleh bapa pelakon terkenal, Emma Maembong iaitu Ismail Embong yang tidak suka majlis perkahwinan dilakukan besar-besaran.

Ini terbukti apabila pelukis profilik negara terkenal itu lantang mengkritik perihal perkahwinan anaknya iaitu Yaya Maembong dengan Wan Raja pada 12 Disember lalu.

Perkara ini sedikit sebanyak terpalit kepada pelawak terkenal, Zizan Razak yang merupakan kekasih hari kepada Emma Membong.

Kenyataan Zizan Razak dalam sebuah akhbar mengenai jika dia ditakdirkan dia berkahwin dengan Emma, dia bersedia mengadakan majlis secara sederhana namun dalam masa yang sama perlu berlaku adil terhadap peminat-peminatnya yang ingin menyaksikan hari bahagia itu itu juga mengundang perasaan tidak puas hati bapa kekasihnya itu.


Aku mahukan orang milik Allah sahaja dalam keluarga, bukannya milik masyarakat. Mengapa meletakkan diri kita lebih rendah dari itu? Dimiliki masyarakat, bukan Allah?,” soalnya menerusi status di laman Facebook miliknya pada Isnin lalu.

Kenyataan Ismail Embong yang mendakwa anaknya, Emma Maembong hanya milik Allah dan bukan masyarakat mengundang pelbagai kritikan para peminat hiburan.

Rata-rata peminat membidas bapa pelakon terkenal itu dengan mempersoalkan perihal isu ‘aurat’ anak-anak perempuannya.


Malah, ada seorang peminat yang berani mengkritik sikap Ismail Embong yang sepatutnya menitikberatkan perihal didikan agama kepada anak-anaknya dan bukan hanya mengfokuskan soal hukum agama yang semata-mata dikaitkan dengan perkahwinan mewah sahaja.

Meskipun kata-kata peminat itu agak pedas, namun jika difikir-fikirkan apa yang dikatakan ada benarnya.

Walau apa pun, diharap moga salah faham antara Ismail Embong dan Zizan Razak bertemu jalan penyelesaiannya demi menjaga perasaan Emma Maembong sendiri. -mynewshub

Related Posts