Jennifer Lopez Terus Menonjol Di Usia 45, Tak Hirau TARIKAN GAVITI

shares |


Terkenal dengan gaya daring dan yakin dengan penampilannya, Jennifer Lopez atau JLo tidak pernah berhenti untuk tampil seksi walaupun dia sebenarnya kini sudah berusia 45 tahun!

Tidak menghiraukan ‘kuasa graviti’ dia tampil dengan jumpsuit rona emas dengan potongan leher yang luas dan mendedahkan sebahagian daripada aset berharganya itu.

Rekaan daripada Zuhair Murad itu terletak kemas dan cantik di atas tubuhnya yang kekal menawan walaupun diusia 45 tahun ketika menghadiri acara People Magazine Awards di Beverly Hilton Hotel, Beverly Hills, California.


Padanan rekaan yang dikhabarkan memang dihasilkan mengikut ukuran tubuh penyanyi berdarah Latin ini termasuklah tas kepit sedondon jumpsuitnya dan aksesori cincin berlian dengan dandanan rambut lepas dan solekan nipis cukup bagi wanita yang semulajadinya cantik.




Bekas juri American Idol ini bakal tampil dengan filem terbaru The Boy Next Door yang menampilkan dirinya disisi pelakon Step Up, Ryan Guzman dan Kristin Chenoweth.

Lucunya, filem ini mengisahkan seorang janda yang jatuh cinta dengan jejaka muda yang mempunyai niat jahat kepadanya seakan menyamai kisah cintanya dengan penari Casper Smart dulu.

Related Posts