Juliana Evans Ada Kaitan Dengan Isu Zizan Dan Emma?

shares |


Kami dah agak dah perkara ni akan berlaku. Mula-mula dulu, nama Kamal Adli yang dipetik kerana khabarnya bekas kekasih Intan Ladyana itu adalah punca kepada perpisahan Emma dan Zizan.

Tapi bagai menepati jangkaan ramai, nama Juliana Evans yang suatu ketika dulu pernah digosipkan bercinta dengan Zizan kembali dikaitkan.

Zizan Lebih Bahagia Dengan Juliana?


Ingat tak masa mula-mula Juliana baru pulang dari U.S beberapa bulan lepas? Kecoh sekejap industri hiburan tanah air apabila ada yang risau kepulangannya mungkin akan menggoyahkan hubungan cinta Emma dan Zizan hingga Juliana memberi pesanan ikhlas buat Emma.


Selepas berita perpisahan Zizan dan Emma tersebar beberapa hari lepas, nampaknya ada pula pihak yang ingin melihat Juliana dan Zizan kembali rapat. Siap kata Zizan nampak lebih bahagia waktu bersama dengan Juliana berbanding Emma.

Amboi, terror betul kuasa dia melihat kebahagiaan orang.


Sekarang ni korang rasa macam mana? Patut ke nama Juliana diungkit kembali atau sememangnya ada udang di sebalik batu?

Ada yang tak percaya langsung Emma dan Zizan betul-betul putus cinta sampai mengatakan ini cuma gimik persembahan Zizan untuk Maharaja Lawak Mega 2014.

Kita tunggu sampai MLM malam ni, kalau tak ada, korang fahamlah maksudnya, ya? Eh, kami pun pening dengan konflik dorang ni. -ohbulan

Related Posts