Juliana Evans Menanti Tuah 2015

shares |


WALAUPUN masih terlalu awal untuk ditelah, awal-awal lagi Jue berharap supaya diberikan ruang untuknya mencari ‘rentak’ yang sudah lama ditinggalkan.

Dia yang kini sibuk berlakon filem 7 Dimensi arahan Faizal Ishak yakin tahun ini bakal memberikan sinar kepadanya.

“Memang saya mengharapkan tuah 2015 untuk memberikan kejayaan kepada saya sama ada kerjaya mahupun kehidupan. Untuk itu saya perlu bekerja keras dan terus mencari peluang yang lebih besar,” jelas Jue lagi.

Bagaimanapun ketika ditanya tentang cinta, dia hanya tersenyum menyambut soalan yang diajukan. Bagi Jue, cinta tidak menjadi keutamaan pada masa ini dan dia lebih selesa untuk hidup sendirian.


“Bukan saya tidak mencari cinta tetapi untuk masa ini biarlah saya bersendirian dulu. Saya masih belum mahu mempunyai teman istimewa ketika ini.

“Kalau boleh biarlah saya selesaikan kerja-kerja yang patut dilakukan dan kemudian barulah saya memikirkan soal itu. Tak ada apa yang perlu dirunsingkan,” kata pelakon filem Dampak ini.

Tetapi Jue tidak menafikan ada beberapa syarat kepada lelaki yang mahu mendekatinya. Baginya, dia memang seorang yang memilih namun enggan mendedahkan kriteria yang dikehendaki.

“Cuma saya tak kisah sama ada lelaki Melayu atau mat salih,” ungkap Jue sambil tersenyum.

Related Posts