Kakak Angkat Ajar Hisap Benda "GHAIRAH"

shares |

Seorang wanita dipercayai telah merosakkan masa depan adik angkatnya dengan mengajar hisap perkara-perkara yang tidak sepatutnya. Bagaimanapun perlu juga disiasat dengan teliti,mana tau remaja tersebut hanya mencari alasan melepaskan diri.


Kuala Lumpur: “Kakak angkat ajar saya hisap ‘ice’ (dadah syabu),” dakwa seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang diberkas bersama seorang wanita di sebuah pusat hiburan di Jalan Kuchai Lama di sini.

Remaja itu diberkas anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) yang melakukan operasi bersepadu sempena sambutan tahun baru 2015, awal pagi semalam.

Pasangan itu yang diarahkan menjalani ujian air kencing didapati positif mengambil dadah syabu.

Ketika ditahan, pelajar sebuah sekolah menengah di Sungai Buloh itu turut mengaku mengambil dadah bagi tujuan mendapatkan keseronokan.

Menurutnya, dia bukanlah penagih dadah tegar, tetapi lebih kepada melayan sifat ingin tahu terhadap ‘rasa’ dadah.

Related Posts