Kamal Adli Punca Hubungan Zizan & Emma Retak?

shares |


Ingat lagi tak gosip yang mengatakan Kamal Adli punca hubungan Zizan Razak dan Emma Maembong berantakan beberapa minggu lepas.

Hari ini, Emma tampil mengakui bahawa hubungannya dengan Zizan sudah berakhir. Hmm, korang rasa, Kamal Adli ada kene mengena tak dengan perkara ini?

Melalui laporan mStar Online, Kamal Adli ternyata terkejut dengan berita tersebut dan dia mengakui bimbang jika perkara itu bakal memberi imej buruk terhadap dirinya.

Hubungan dengan Emma tak lebih rakan sekerja


Kata kamal, dia dan Emma hanyalah rakah sekerja yang terbabit sama dalam menjalani penggambaran drama Syurga Tanpa Cinta, tak lebih dari itu.

Jangan pandai-pandai nak tuduh! Takkan saya nak merampas kekasih orang? Jangan pandai-pandai tuduh.

Gara-gara perpisahan mereka, nama saya pula dikaitkan. Bukan saya yang menjadi punca. Kami hanyalah rakan kerja yang terlibat dengan drama Cinta Tanpa Syurga. Tidak lebih daripada itu.

Kesal digosipkan dengan Emma

Menurut Kamal lagi, sejak percintaannya dengan Intan Ladyana putus, dia tak menyangka sama sekali akan digosipkan dengan mana-mana wanita.

Belum bersedia mencari pengganti


Perkara lalu (putus dengan Intan), saya sudah boleh terima hakikat, tetapi belum bersedia untuk mencari pengganti.

Kalau boleh saya ingin fokus kepada kerjaya seni saya. Mungkin ini peluang saya untuk mengasah lagi bakat yang ada untuk menjadi pelakon yang lebih baik

Kesimpulannya, mana-mana pihak yang kata Kamal sebagai punca tu, hentikanlah tohmahan segera ya! kesian pula kat kamal.

Related Posts