Kegilaan Artis Barat VS Paparazzi

shares |


Dalam dunia hiburan tempatan, kewujudan paparazzi tidak begitu ketara, atau mungkin juga tiada. 

Ini kerana tidak ada ‘demand’ untuk mereka ini memandangkan organisasi media di negara ini masih terikat dengan undang-undang media yang tidak memungkinkan gambar-gambar peribadi disiarkan tanpa sebarang persetujuan empunya badan.

Jika di luar negara lain pula ceritanya. Paparazzi di sana memang digeruni kerana mereka sanggup berbuat apa sahaja untuk mendapatkan gambar-gambar dan cerita-cerita panas tentang selebriti mereka.

Ini kerana bayaran yang ditawarkan bukan sedikit, tetapi lumayan. Kami senaraikan paparazzi yang diserang semula oleh selebriti yang naik berang dengan tindakan mereka.

Britney Spears


Ketika di zaman ‘gelap’ Britney, Puteri Pop ini membotakkan kepalanya dan tidak mengendahkan karier muziknya buat seketika pada tahun 2007.

Semasa sedang menjalani proses pemulihan, dunia hiburan dikejutkan dengan serangan Britney ke atas seroang paparazzi menggunakan payung!

Britney berang kerana paparazzi tersebut mengintip segala tindak tanduknya lalu hilang sabar dan menyerang paparazzi tersebut dengan sekaki payung.

Kanye West


Pada Julai 2013, suami kepada Kim Kardashian ini melakukan serangan ke atas seorang paparazzi.

Ketika paparazzi mahu melakukan tugasnya, Kanye telah memberi amaran awal kepada paparazzi tersebut agar tidak mengajukan sebaranng soalan terhadap dirinya, tetapi perkara itu tidak diendahkan.

Kanye yang naik marah melakukan tindakan jenayah terhadap paparazzi tersebut dengan melakukan penyerangan, sekali gus berusaha untuk merampas kamera paparazzi berkenaan sehingga paparazzi itu mengalami luka parah.

Julia Roberts


Insiden yang berlaku pada Disember 2010 ini berlaku ketika Julia sedang menghabiskan masa bersama keluarganya di Los Angeles.

Sedar dirinya diikuti oleh paparazzi secara perlahan-lahan, Julia naik hantu dan menyerang paparazzi yang mengikut dirinya. Insiden itu berjaya dirakamkan oleh paparazzi lain dan menjadi viral di laman internet.

Cameron Diaz


Ketika aktres ini sedang menjalin hubungan cinta dengan penyanyi Justin Timberlake sekitar tahun 2004, pasangan ini acapkali diganggu oleh golongan paparazzi dan pergerakan mereka selalu dirakamkan oleh lensa kamera mereka.

Berang dengan paparazzi, Cameron bertindak merampas kamera salah seorang paparazzi yang mengekori mereka dan membawa lari kamera tersebut.

Hugh Grant


Insiden yang berlaku pada tahun 2006 itu adalah berikutan dengan perasaan marah yang dirasakan oleh aktor filem ‘Notting Hill’ ini akibat sering diganggu paparazzi.

Berang kerana diekori, Hugh bertindak mencampakkan sebuah bekas yang berisi kacang panggang ke arah paparazzi yang mengekorinya.

Akhirnya paparazzi itu mengundurkan diri kerana bekas itu terkena dirinya dan badannya habis dikotorkan dengan kacang panggang!

Related Posts