Kerjaya CL (2NE1) Disebut Bakal Menyinar Di Amerika Syarikat

shares |


NAMA penyanyi rap CL (2NE1) disebut-sebut sebagai artis yang bakal menyinar dalam industri muzik antarabangsa pada tahun ini.

Soompi melaporkan program seperti VHI, Fuse TV yang berpangkalan di Amerika Syarikat meramalkan karier nyanyian penyanyi Korea Selatan itu akan mendapat perhatian peminat.

"CL adalah 15 penyanyi rap wanita yang perlu diberi perhatian pada tahun ini kerana keunikan dan semangatnya terhadap muzik diperjuangkan," komen VHI terhadapnya.

Malah penyanyi rap terkenal lain seperti M.I.A., Diplo dan Skrillex memuji CL dan yakin namanya akan menyinar sebagai penyanyi rap wanita.

CL atau nama sebenarnya Lee Chaerin, 24, bakal tampil dengan album solo antarabangsa pertamanya yang dijangka akan dipasarkan pada pertengahan tahun ini.

Penyanyi itu dilaporkan berkolaborasi dengan penerbit terkenal, Scooter Braun untuk album tersebut dan lelaki itu pernah menerbitkan album bintang terkenal seperti Justin Bieber, Ariana Grande dan Psy.

Tambah membanggakan, CL turut mendapat pendedahan dalam majalah terkenal seperti Rolling Stones, Billboard, Dazed & Confused dan MTV IGGY yang rata-rata kagum dengan bakatnya.

Related Posts