Lagi GRO Dicekup Pihak Berkuasa

shares |


Taktik sebuah kafe mengaut untung dengan mewajibkan pelanggannya minum minuman keras sebelum melakukan hubungan s*ks dengan gadis s*ksi yang dipilih, terbongkar selepas serbuan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor, kelmarin.

Serbuan dilakukan melibatkan tiga pegawai dan 10 anggota di premis terletak Taman Serdang Perdana, di sini.

Ketua Operasi, Asisten Superintendan Uzir Othman berkata, pelanggan yang datang ke kafe berkenaan akan dilayan gadis warga asing berpakaian seksi sebagai tarikan untuk memujuk pelanggan.

Kemudian pelanggan yang berjaya dipujuk, diwajibkan pula minum minuman keras sebelum melakukan aktiviti tidak bermoral.

“Harga RM150 dikenakan sebagai bayaran untuk melakukan seks di lot kedai bersebelahan yang diubahsuai menjadi beberapa buah bilik di mana setiap satunya terdapat katil dan bilik air.

“Operasi yang dijalankan kira-kira jam 11 malam berjaya menahan 16 wanita warga Vietnam dan seorang lelaki dipercayai penjaga premis berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, siasatan mendapati premis tersebut mempunyai lesen dan baru pertama kali diserbu. Turut dirampas dua helai tuala, 43 keping kondom dan wang tunai RM1,050.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 371 Kanun Keseksaan, Seksyen 55 (b) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 39(b) Peraturan Imigresen 1963 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.


SUPPORT MY NEW BLOG

http://seposen.info

Related Posts