Lewat Tiga Jam Punca Produksi Naik Angin Terhadap Chacha Maembong

shares |


Apa yang kami perhatikan, semenjak dua menjak ni makin panaslah pula nama Chacha Maembong. 

Tapi bukan mengenai kerjaya, sebaliknya mengenai dirinya yang sudah dilabel artis bermasalah.

Mula-mula gaduh dengan pereka fesyen, kemudian berselisih faham dengan ayahnya dan baru-baru ni Chacha didakwa dah buat pihak produksi naik angin!


Menurut Harian Metro, Chacha dikatakan lewat datang ke lokasi selama tiga jam ye! Siapa yang tak naik angin kan.

Kata mereka lagi, perkara tersebut terjadi kerana Chacha mengambil dua tiga tawaran berlakon dalam satu masa yang sama sehingga tidak mampu menyusun jadualnya. Jadi, dia selalu terkejar-kejar untuk ke lokasi penggambaran seterusnya.

Masa rezeki tengah mencurah-curah ni lah kena pandai jaga hati pihak produksi, jangan nanti sebab isu ini, Chacha hilang banyak ‘job’ pula. -ohbulan

Related Posts