Mak Nyah Di Thailand Kini Bebas Beraksi Uols!

shares |


TAHUKAH anda kini ‘gender ketiga’ atau lebih mudah dikenali dengan panggilan mak nyah di Thailand telah diiktiraf kedudukannya?

Baru-baru ini Pengerusi Jawatankuasa Penggubal Perlembagaan Thailand (CDC), Borwornsak Uwanno telah bersetuju mengiktiraf transgender dalam undang-undang Thailand dalam langkah yang dilihat untuk mengukuhkan kedudukan golongan tersebut dalam masyarakat.

Menurut portal Nationmultimedia, jika perlaksanaan tersebut diwartakan kelak, ia bakal mencatat sejarah sebagai pengiktirafan buat pertama kali diberikan kepada golongan kelainan jantina di negara berkenaan.

Seorang anggota CDC berkata, artikel 4 dalam perlembagaan Thailand telah menyebut bahawa setiap rakyat negara itu layak diberikan perlindungan dari segi hak asasi manusia, maruah, kebebasan dan perlindungan undang-undang.

“Melalui Artikel 5 pula, perlembagaan menyatakan seseorang warga Thailand akan dilayan secara adil tanpa mengambil kira tempat mereka dilahirkan, agama dan jantina mereka,” katanya.

Menurut sumber tersebut lagi, perlembagaan sebelum ini tidak menyatakan peruntukan hak golongan mak nyah.

Seorang lagi anggota CDC berkata, dia menyokong peruntukan berkenaan bagi memudahkan golongan terbabit diberi hak seperti rakyat lain.


Dalam pada itu di Malaysia, Mahkamah Rayuan Putrajaya baru-baru ini memutuskan bahawa Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 yang memperuntukkan hukuman ke atas lelaki Islam berpakaian wanita adalah bercanggah dengan perlembagaan.

Secara tidak langsung, Mahkamah Persekutuan seolah-olah telah mengiktiraf hak golongan transgender di Malaysia yang berpakaian dan berkelakuan seperti wanita.

Walaupun Perlembagaan di Malaysia tidak mengiktiraf golongan ini, namun natijah daripada keputusan Mahkamah Persekutuan menyebabkan undang-undang syariah di semua negeri ‘mungkin’ terbatal.

Sumber: mynewshub.cc

Related Posts