Neelofa: Usah Ditanya Lagi Soal Cinta

shares |


Bukan mahu mengungkit kisah lama namun khabar angin yang Neelofa menerima lamaran dari kerabat tertentu masih menjadi tanda tanya dan bualan ramai walaupun sudah berkali kali pelakon juga pengacara ini memberikan kenyataan seakan menafikan perkara itu.

Dalam temubual terbaru bersama Utusan Malaysia, Neelofa sekali lagi mengulasi pendirian untuk tidak terus menjawab apa apa soalan berkaitan kisah cintanya lebih lebih lagi soal lamaran dari istana yang didakwa telah diterima tidak berapa lama dulu.


"Kalau orang hendak anggap ada lamaran ke, hendak berkahwin ke, apa sekalipun biarlah mereka kekal dengan tanggapan mereka sahaja, saya tidak berhak untuk mengubah apa-apa. 

"Yang Lofa tahu, untuk lebih selamat, baiklah Lofa sendiri ambil pendirian untuk kunci mulut. Saya hanya boleh cakap, saya tidak ada kata-kata untuk diungkapkan tentang itu," ujarnya.


Neelofa menambah soal kehidupan peribadi lebih lebih soal kahwin beliau lambat laun akan juga diketahui umum kerana statusnya sebagai seorang selebriti namun sehingga hari itu tiba, beliau mahu lebih fokus kepada cita cita peribadi dan kerjaya.

“Buat masa sekarang, perkahwinan saya yang sebenar-benarnya adalah dengan bisnes dan juga keluarga. Usah bertanya lagi soal pelik-pelik yang lain ya,” tambahnya. -rotikaya

Related Posts