Netizen Minta Penyanyi Baru MOJO Dikekalkan

shares |


SUSULAN persembahan hebat 'Romancinta' dari Azmi, penyanyi cacat penglihatan, Caliph Buskers kini popular seraya trending di laman-laman sosial.

Pelawaan komposer dan penyanyi terkenal, Edry Abd Halim terhadap Azmi atau Khairul Azmi Mohd Saat, 28, untuk menyanyi bersama di Anugerah Juara Lagu ke-29 semalam mungkin peristiwa terindah untuk peminat musik tempatan dan industri hiburan tanah air.


Sebelum ini, terdapat bakat-bakat jalanan atau mereka yang memilih untuk membuat persembahan di tempat tumpuan awam berjaya dikenali industri, namun Azmi berjaya mengangkat bakat yang melibatkan kekurangan upaya setaraf dengan artis penghibur yang lain.

Siapa sangka Caliph Buskers yang dianggotai Azmi dan lima ahli lain yang turut mempunyai kekurangan sama mampu dan telah membuat persembahan di hadapan ribuan pencinta muzik?

"Penemuan terbaik tahun ini - Caliph Buskers: Nirwan, Zaki, Azmi Saat, Fendy, Rubiana. Persembahan dengan Mojo dapat standing ovation di #AJL29" kata seorang pelayar di Twitter, @Johan_Jaafar.

Sebelum ini, Edry, ketua kumpulan Mojo akui persembahan malam tadi sebagai bukti bahawa kekuatan lirik lagu Romancinta itu boleh dibawa oleh mana-mana penyanyi yang layak.


Usaha Edry, ketua kumpulan Mojo juga mendapat perhatian pelayar di laman sosial.

"Saya bangga dengan Edry Abdul Halim kerana beliau tidak memandang rupa dalam menilai bakat seseorang," kata seorang pelayar.

"#AJL29 tahniah #edryabdulhalim ni baru vokal bukan sekadar rupa...hope kekalkan penyanyi baru mojo," @ijad_ademood menambah.

Tak kurang beratus-ratus lagi komen positif yang memuji langkah bijaksana Edry menjemput Azmi untuk menyanyikan lagu terbaik dari kumpulan Mojo tersebut.

Malam semalam, Mojo dan Caliph Buskers menerima hebat dari penonton di Stadium Putra Bukit Jalil.

Related Posts