Nur Shafiqa Mangsa Kelar Muka Selamat Nikah

shares |


Masih ingatkan berita yang mengemparkan apabila perompak bertindak ganas menoreh muka Nur Shafiqa dalam kejadian di Wakaf Berangan, Sri Aman, Pasir Puteh sekitar bulan November tahun lalu?


Tragedi itu meninggalkan parut buat mangsa. Namun Mohd Azijja Zafran Zahrani, tunang kepada Nur Syafiqa Lah berjanji akan setia bersama insan kesayangannya itu walaupun berkemungkinan gadis tersebut mempunyai parut kekal pada wajahnya.

Terbaru menerusi laman Instagram, Nur Syafiqa (@eqahelena) berkongsi gambar majlis perkahwinannya. Menerusi komen-komen di gambar rata-rata mengucapkan tahniah.

Difahamkan majlis resepsi akan dilangsungkan dalam masa 3 bulan lagi bersama majlis perkahwinan abangnya.



Jika dilihat gambar yang dikongsikan tidak menampakkan parut diwajahnya. Nur Syafiqa jelas kelihatan jelita seperti sebelumnya.

Tahniah kami ucapkan buat Nur Syafiqa dan pasangannya. Semoga kekal hingga ke akhir hayat!

Related Posts