Once Mekel Seakan Menyindir AirAsia

shares |


Pengakhiran tahun 2014 sememangnya agak menyayat hati dengan pelbagai peristiwa yang tidak diingini seperti banjir dan juga terbaru, kehilangan pesawat AirAsia Indonesia QZ8501.

Berita ini menambhakan lagi kerisauan dan kesedihan dikala segelintir masyarakat sedang sibuk dengan isu banjir yang melanda Pantai Timur. Besar betul ujian dan dugaan yang dihadapi terutama Syarikat Penerbangan itu sendiri.

Sebelum ini pada tahun yang sama juga dunia dikejutkan dengan berita kehilangan pesawat MH370 dan tragedi MH17 ditembak jatuh.

Kali ini pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 pula yang terhempas yang dilaporkan terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik pada jam 7.24 pagi waktu tempatan.

Namun, berita yang kurang senang didengari pula timbul di sebalik isu pesawat terhempas ini.

Vokalis kumpulan Dewa 19, Once Mekel mengeluarkan kenyataan yang mungkin boleh disalah erti bagi sesetengah pihak terutama kakitangan syarikat penerbangan AirAsia yang semua sedia maklum dengan slogan tambang murahnya itu.

Portal Kapan Lagi berkongsi kenyataan yang dikeluarkan Once sendiri:


“Ya, saya pilih penerbangan yang mempunyai reputasi yang cukup baik untuk dinaiki. Lebih mahal sedikit tidak mengapa. Saya cuba menghindari penerbangan yang terlalu bangga dengan reputasinya sebagai penerbangan murah terbaik meskipun tidak semuanya buruk,” ujarnya.

Dalam pada masa yang sama Once juga mengharapkan operasi mencari dan menyelamat dapat segera diselesaikan dengan penglibatan daripada pelbagai pihak.

“Faktor seperti cuaca, teknikal pesawat, teknologi dan faktor juruterbang antara yang sering menjadi tumpuan. Seharusnya semua perlu diawasi dan dikawal dengan baik setiap waktu. Organisasi sebuah penerbangan perlu mempunyai disiplin yang tinggi. Untuk itu, perlu ada penerbangan yang baik dan mempunyai reputasi yang besar,” tambah Once lagi. -gosipmalaysia



SUPPORT MY NEW BLOG

http://seposen.info

Related Posts