Orang Ketiga Punca Keretakan Rumahtangga Diana Rafar?

shares |


Susulan penceraian yang telah difailkan oleh Diana Rafar hari ini, ramai yang tertanya-tanya apakah punca yang menyebabkan rumah tangga pelakon ini dengan Zamarul Hisham bergolak.

Ada desas-desus yang menyatakan kehadiran orang ketiga bernamaOja’ yang menjadi punca keretakan perkahwinan mereka. 

Untuk makluman, Oja adalah seorang penyanyi lelaki yang popular pada eram 90-an.

Namun begitu, Zamarul Hisham pada minggu lalu telah menafikan kehadiran Oja sebagai punca hubungan mereka bergoyang.

Kata Zamarul menerusi Harian Metro:

Saya memang tahu mereka rapat dan kerap bekerja bersama. Tapi Oja saya sudah anggap macam adik sendiri, takkanlah dia nak buat benda tak elok di belakang saya. Rasanya isu ini tak betul sama sekali.

Saya memang tahu Diana dan Oja memang berkawan baik sejak dulu lagi. Iyalah sebab Oja pun sudah lama dalam bidang ini dan mereka berdua banyak buat projek bersama.

Malah saya pun ada terbabit dan dimaklumkan setiap kerja yang mereka lakukan bersama. Pendek kata, apa juga gerak-geri atau aktiviti, mereka beritahu saya dulu.

Kadang-kadang mungkin orang nampak dari jauh mereka selalu berdua tapi tak selidik dulu dan mereka terus buat sangkaan bukan-bukan.

Orang yang nak menyampaikan cerita ini tak tahulah di mana fikiran mereka. Apa masalahnya nak melaga-lagakan kami? Ini isu bahaya,takut esok timbul benda lain pula.


Diharap dengan penerangan Zamarul Hisham ini tiada lagi spekulasi kewujudan orang ketiga menyebabkan keretakan rumah tangga mereka. Biarlah punca sebenar menjadi rahsia buat mereka berdua. Sama-samalah kita doakan yang terbaik. Amin. -beautifulnara

Related Posts