Penjual Sayur Maut Digilis Treler

shares |

AMARAN: Gambar dibawah ini mungkin akan menganggu emosi, hati dan perasaan anda. Kami tidak menggalakkan anda meneruskan untuk melihat foto berikut ini.

GOMBAK: Penjual sayur maut dalam keadaan mengerikan apabila digilis treler dari belakang dalam kejadian di Kilometer 29 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh, di sini, hari ini.

Dalam kejadian 8.40 pagi itu, mangsa Tan Teng Ka, 59, menunggang motosikal dan dalam perjalanan menuju ke pekan Rawang untuk menjual sayur.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad, berkata siasatan awal mendapati mangsa diseret sejauh kira-kira 30 meter sebelum meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di seluruh anggota badan.



Beliau berkata, pemandu treler berusia 34 tahun berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Punca sebenar kejadian masih dalam siasatan. Pihak kami juga sudah mengambil keterangan daripada pemandu treler ini untuk membantu siasatan,” katanya.

Related Posts