Rakaman Video Zamani Slam Dalam Tahanan Dikritik

shares |


Sebelum ini, kita telah dikejutkan dengan berita penahanan penyanyi terkenal kumpulan Slam, Zamani atas kes ketagihan dadah. Melalui laporan, Zamani mengakui telah terbabit dengan najis dadah sejak sepuluh tahun lepas.


Berikutan penangkapannya, satu video yang menunjukkan diri Zamani dalam keadaan bergari menyanyikan lagu hits Slam iaitu Gerimis Mengundang telah menjadi viral di media sosial.



Bagaimanapun, rakaman video itu yang didakwa dibuat oleh seorang anggota polis mendapat bantahan orang ramai.

Bantahan itu menggunakan hashtag #BantahTindakanPolisKpdZamani mendapat sokongan orang ramai yang beranggapan ia satu tindakan melampau.

Mereka menyarankan agar pegawai polis yang merakam dan menyebarkan rakaman itu dikenakan tindakan kerana mengaibkan Zamani.

Setakat ini, siapa pegawai polis yang terbabit masih belum diketahui namun mungkin juga beliau tidak menjangka reaksi sebegini dari orang ramai.

Diharap pihak berkenaan lebih peka terhadap sensitiviti orang ramai terhadap Zamani yang masih punya ramai peminat sehingga ke hari ini.

Di zaman kemasyhurannya, populariti kumpulan Slam sampai ke negara Indonesia dan menyamai populariti kumpulan Search. Apa pendapat anda?

Sumber: beautifulnara.com

Related Posts