Restoran Makanan Segera "Hooters" Bakal Dibuka di Malaysia

shares |


Anda pernah dengar tentang restoran makanan segera ‘Hooters’? Konsep dan pekerjanya yang menarik tumpuan pelanggan datang.

Kerana apa? Lihat sahaja gaya pemakaian uniform seksi di restoran mereka cukup membuatkan pelanggan datang makan di sana.

Terbaru, menurut Business Wire, Hooters Amerika LLC bakal membuka cawangan di Malaysia tidak lama lagi, ianya sebagai sebahagian daripada rancangan pengembangan rangkaian antarabangsa di Asia Tenggara.

Hooters Amerika LLC berkata pelan enam tahun melibatkan membuka 30 cawangan di Asia Tenggara itu, selain dari Malaysia, termasuk negara seperti Kemboja, Indonesia, Laos, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.


Nama Hooters merujuk kepada dua perkara untuk syarikat: buah dada wanita dan burung hantu. 

Restoran yang didirikan pada tahun 1983 ini memang sudah terkenal sejak dulu lagi. selain menunya yang lazat, uniform para gadis-gadis Hooters yang berpakaian seksi antara penyebab restoran ini terus menjadi pilihan.

Restoran ini menghidangkan hidangan klasik Amerika yang terdiri daripada burger, stik, sandwhic, makanan laut dan pelbagai pembuka selera, malah terkenal dengan signature dish “Hooters buffalo-style chicken wings”.

Menurut laman web restoran, rantaian itu kini mempunyai 430 cawangan di 28 buah negara. Hampir semua restoran Hooters mempunyai lesen minuman beralkohol.

Walaubagaimanapun, bila dan di mana masih dalam perancangan jadi kita nantikan sahaja.


Sumber: wanista.com

Related Posts