Riezman Lafaz Cerai Talak Satu Terhadap Isteri

shares |


Spekulasi mengenai keretakan rumahtangga pelakon, Riezman Khuzaimi menemui titik nokhtah apabila beliau melafazkan cerai talak satu terhadap Kartika Ayob di Mahkamah Syariah Gombak Timur, petang semalam.

Riezman melafazkan talak tersebut pada jam 3 petang selepas mahkamah meluluskan permohonan cerainya.

Hakim Shaiful Azli Jamaludin berkata, setelah meneliti dokumen-dokumen yang dikemukakan dan berpuas hati terhadap lafaz yang dibuat defendan (Riezman), mahkamah mensabitkan telah berlaku perceraian talak satu terhadap plaintif.

"Mahkamah mengarahkan plaintif menjalani edah tiga kali suci dan mendaftarkan penceraian di mahkamah,"katanya.

Sebelum itu, Shaiful Azli turut menitipkan nasihat kepada pasangan itu agar mengutamakan kebajikan dua anak mereka.

"Walaupun sudah tidak menjalani kehidupan bersama, kewajipan terhadap anak perlu dilaksanakan,"katanya.

Mahkamah juga memohon agar pasangan itu mengambil ikhtibar atas apa yang berlaku agar kesilapan tidak diulangi pada masa akan datang.

"Janganlah segala kebaikan selama ini ditutupi oleh satu kesalahan," katanya.

Terdahulu, Shaiful Azli memohon agar kedua-dua pasangan itu bersalaman dan memohon maaf antara satu sama lain.

Riezman kelihatan berkata sesuatu kepada Kartina sebelum ibu kepada dua anak itu mencium tangan suaminya buat kali terakhir.

Riezman berkahwin dengan Kartika pada 24 Februari 2001 dan memfailkan penceraian secara baik mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003. -sinarharian

Related Posts