Rozita Che Wan Tak Halang Anak Bercuti Ke Maldives Dengan Kekasih

shares |


Masih ingat foto percutian anak kesayangan Rozita Che Wan dan kekasihnya ke Pulau Maldives sekitar aal Disember lalu?

Haa, kini barulah ada kesempatan Che Ta nak terangkan sebab kenapa dia membenarkan Ammar bercuti bersama teman wanita tau!

Menurut Che Ta, Anaknya itu ke Pulau Maldives dengan keizinan dari dirinya dan bukan secara berdua-duaan.



Kalau nak tahu, kata Che Ta, dia dan keluarga gadis berkenaan sangat rapat dan Ammar bukannya pergi berdua, sebaliknya bersama keluarga gadis itu.

Saya tahu dia (Ammar) ada kekasih dan saya tahu mereka pergi bercuti di Maldives bersama. Mereka bukan pergi berdua tetapi bersama keluarga sebelah perempuan itu.

Saya izinkan kerana saya memang mengenali dan baik dengan mereka.

Tak halang anak kahwin muda


Haa, ini yang seronok nak dengar ni! Menurut isteri kepada Zain Saidin ini, dia sama sekali tak menghalang anaknya berkahwin diusia muda.

Kalau sudah sampai jodoh untuk dia berkahwin pada usia muda saya tiada halangan. Saya pun dahulu kahwin muda pada usia 20 tahun.

Sememangnya cara Che Ta mendidik anak mereka lain dari yang lain. Kita sebagai pemerhati, doakanlah yang terbaik buat Che Ta dan keluarga. -ohbulan

Related Posts