Sebab Kenapa Sandra Dewi Belum Berkahwin

shares |


TIDAK akan menamatkan zaman bujang atas desakan mana-mana pihak, itu tegas Sandra Dewi berhubung perancangan untuk mendirikan rumah tangga dengan kekasihnya, Harvey Moeis.

Meskipun sudah bercinta hampir setahun dengan lelaki berasal Papua New Guinea namun wanita berusia 31 tahun ini bertegas untuk tidak mengulas lanjut berhubung perkara tersebut.

“Prinsip saya tentang isu perkahwinan ini mudah iaitu tiada perkahwinan kedua. Justeru saya mengambil langkah berwaspada dan berfikir panjang sebelum menerima lamaran daripada sesiapa.

“Tidak mengapa jika saya terpaksa berkahwin lambat asalkan bakal suami itu adalah pilihan yang paling tepat.

“Ini kerana saya mengimpikan perkahwinan pertama itu kekal bahagia sehingga ke akhir hayat saya,” kongsi Sandra tentang hubungan cintanya dengan teman lelakinya itu yang sudah pun mendapat restu keluarga.

Sebelum bercinta dengan Moeis, wanita berketurunan Tionghoa, Palembang dan Belanda ini pernah menjalinkan hubungan dengan seorang ahli perniagaan, Edward Schwannedgard.


Enggan membayangkan Moeis adalah lelaki yang paling sesuai untuk dijadikan calon suami namun kata Sandra, dia hanya menyerahkan perkara itu pada takdir. Ini kerana kata Sandra, dia perlu mendalami hati budi kekasihnya itu sebelum membuat keputusan paling mustahak dalam hidupnya.

“Dulu saya menyasarkan sebelum 30 tahun saya sudah bergelar isteri orang. Bagaimanapun apabila pemikiran semakin matang, saya mengubah keputusan tersebut.

“Rasanya tidak perlu membuat sasaran apa-apa selepas ini. Sebab saya memerlukan seorang lelaki yang memahami diri saya secara total. 

“Bukan kerana nama atau populariti yang ada pada saya tetapi sanggup berkongsi dalam apa situasi bersama saya,” katanya yang mengimpikan untuk berbulan madu di Orlando, Florida, Amerika Syarikat (AS) satu hari nanti.

Dulu saya menyasarkan sebelum 30 tahun saya sudah bergelar isteri orang. Bagaimanapun apabila pemikiran semakin matang, saya mengubah keputusan tersebut.

Related Posts