Selebriti TERHANGAT Minggu Ini, Hanez Suraya Dan Hanis Zalikha

shares |


MINGGU ini nama Hanis dan Hanez cukup popular diperkatakan. Jika seorang sudah bertunang, seorang lagi dilamar dan bakal berkahwin.

Kita mulakan dengan Hanez Suraya dahulu memandangkan tahap populariti Hanez tahun ini lebih sikit dari Hanis, kan.

Kami ucapkan tahniah buat Hanez dan bekas kekasihnya yang kini sudah bertunang. Siapa sangka setelah berhempas pulas mendendangkan kisah dia sudah berpisah sebelum ini dalam cubaan untuk meredakan keadaan, alih-alih mereka terus bertunang.

Memang kalau ikutkan, Hanez tidak perlu minta izin sesiapa pun selain keluarganya, jadi bak kata Hanez, dia tidak peduli orang mahu kata apa, lantak sajalah.

Cuma kami mahu buat analisa sedikit, pertunangan ini juga mungkin menjadi tanda bahawa Hanez sudah bersedia meninggalkan bidang seni. Lagipun, eloklah tu memandangkan akhir-akhir ini dia langsung tidak menerima sebarang tawaran dah, jadi lebih baik sahaja teruskan apa kehendak hati, pedulikan kata-kata orang.

Siapa tahu entah-entah selepas kahwin mungkin ada sinar baru dalam kehidupan dia. Tidak berjaya sebagai pelakon, tetapi mampu menjadi seorang isteri dan ibu yang baik buat anak-anak, itu pun kejayaan berharga buat yang bergelar wanita.

Jadi kepada Hanez jangan susah hati lagi, fokus perkara yang penting, majlis perkahwinan tidak lama lagi. Susah kalau hilang seri nanti, tentu orang mahu melihat pengantin cantik macam permaisuri.


Beralih kepada Hanis Zalikha yang baru-baru ini menerima lamaran Hairul Azreen dalam program Gegar Vaganza.

Haaa kau, depan rakyat satu Malaysia kena lamar, tahniahlah sebab berjaya memecahkan rekod hidup sendiri. Kisah melamar dalam televisyen ini ramai yang buat, jadi bukan perkara pelik pun malah Scha dan Awal sendiri pun buat benda yang sama melalui syarikat penyiaran yang sama.

Tak eksklusif pun pada pandangan kami. Cuma kasihan juga apabila pasangan ini terlalu mudah ‘dibeli’ oleh pihak stesen tv apabila memperdagangkan kisah cinta dengan cara yang pada tanggapan sesetengah orang ‘semurah’ itu.

Ada juga orang ramai yang marah sebab mengganggu penghayatan penonton program tersebut, jadi macam over shadow peserta Gegar Vaganza sendiri. Tidak kurang pula ada yang anggap ini strategi memualkan kerana tidak nampak romantik mana pun. Entahlah pendirian orang berbeza, kalau di negara barat itu boleh terima, tetapi di Malaysia, orang Melayu pula tu, pelik rasanya.

Terdetik juga dalam hati kami, mungkin Hanis sendiri mengimpikan untuk dilamar sebegini rupa, jadi Hairul hanya tunaikan sahaja, teman lelaki katakan. Tak macho lah kalau menolak. Cuma selepas ini kalau berani lamar depan televisyen, harap-harapnya jangan pula sembunyi kisah-kisah hidup yang lain ya.

Bukan kami doakan yang buruk-buruk, tidak. Tetapi, kalau ada apa-apa yang berlaku, putus cinta ke, berpisah ke, bergaduh ke, tak usahlah sembunyi pula. Anda sendiri membuka ruang privasi ke tahap sebegitu luas untuk dipertontonkan, janganlah nak tutup-tutup pula.

Kalau boleh, bila sudah berkahwin, kalau hendak bersalin nanti pun, siap-siap tandatangan kontrak untuk siaran di program TV juga, ya dik. Amacam? Setuju? -JOYAH

Related Posts