Selena Gomez Jumpa Bomoh

shares |


Penyanyi pop terkenal, Selena Gomez (gambar)dilaporkan mendapatkan khidmat psikik bagi membantu dia melupakan bekas kekasihnya, Justin Bieber, baru-baru ini.

Menurut laman web femalefirst.co.uk, penyanyi berusia 22 tahun itu mengambil keputusan untuk berpisah dengan kekasihnya, Oktober tahun lalu selepas menjalinkan hubungan selama empat tahun. Gomez kemudian mengambil keputusan untuk berjumpa dengan pakar psikik.

Menurutnya, khidmat psikik itu sangat luar biasa kerana menggunakan kuasa ajaib dan dia kini menjalani sesi tersebut pada setiap minggu.

Bagaimanapun, lokasi khidmat psikik yang dijalani penyanyi muda itu tidak dinyatakan.

Gomez sebelum ini, dilihat bercuti dengan DJ Zedd, yang merupakan penerbit muzik di parti anugerah Golden Globe baru-baru ini, teruja selepas pakar psikik itu meramalkan penyanyi Who Says itu akan menemui cinta sejati tidak lama lagi.

Satu sumber memberitahu majalah OK!,pakar psikik berkata, Gomez akan menemui cinta baharu pada musim panas tidak lama lagi.

Sebelum ini, Gomez mengakui dia masih menyintai Bieber walaupun berdepan dengan pelbagai masalah sepanjang mereka bercinta.

“Saya sentiasa menyokong dia dan tidak mahu perkara buruk berlaku kepadanya,” ujarnya. -utusan

Related Posts