Syahrini Akui Kini Kawan Baik Paris Hilton

shares |


Gelagat seorang selebriti yang menggelarkan dirinya puteri atau "Princes" tak lain tak bukan Syahrini nyata memiliki gaya dan cara tersendiri untuk meraikan tahun baru dan pastinya tidak mungkin sama dengan individu lain.

Biarpun mengakui tidak meraikan tahun baru 2015 sebaliknya sebagai seorang Muslim, Syahrini memilih untuk meraikan Maulidur Rasul yang jatuh beberapa hari selepas 1 Januari, aktiviti yang dijalani ikon fesyen dari seberang ini hanya menikmati keindahan dunia.

Di Amerika Syarikat selama dua minggu sejak Krismas, Syahrini melalui Instagram turut berkongsi tentang pertemuannya dengan Paris Hilton dan mengakui sudah menjadi sahabat kepada sosialit kontroversi itu.




“Kami selalu keluar bersama, mengambil gambar bersama jadi kami lebih rapat dan akrablah,”ucap Syahrini yakin setelah ditemubual pemberita di Jakarta.

Berbicara tentang teman barunya itu, Syahrini mengaku selalu menceritakan tentang keindahan Indonesia terutamanya Bali. Bahkan Syahrini mengatakan kalau Paris Hilton berencana akan datang ke tanah seberang itu bertemunya.

"Paris juga mau datang ke Indonesia, aku cerita tentang Indonesia dan dia juga tahu Indonesia," ungkap Syahrini.

Diberitakan menginap di hotel yang sama di kota Las Vegas, beberapa posting Instagram dari Syahrini mengesahkan dakwaan itu dan pergi menonton konsert Bruno Mars bersama.

Selain daripada itu, Syahrini juga tidak lepas berkongsi saat ketika dia menggunakan perkhidmatan helicopter peribadi untuk bersiar-bersiar melihat pemandangan di gurun Arizona.

Bukan satu lokasi sahaja malah ketika di Nevada, Las Vegas dia menggunakan servis yang sama untuk menikmati keindahan pemandangan Grand Canyon.




Khabarnya, ahli perniagaan berstatus selebriti ini memilih perkhidmatan sedemikian kerana lebih efisien dan dapat menikmati pemandangan dari sudut pandang terbaik.


Sumber: murai.com.my

Related Posts